Tuesday, October 21, 2008

Carilah jalan untuk menangkan Islam...

Assalamualaikum wbt...

Dah lama x tulis artikel dalam blog saya nih. Bukan apa, saya tak ada idea untuk dikongsi bersama dengan para pembaca. Alhamdulillah, kali ini ada satu luahan yang ingin saya kongsi bersama anda semua. Semoga luahan ini dapat memberikan faedah kepada saya dan anda.

Saya sedikit terkilan melihat ada segelintir daripada kita (umat Islam) yang dilihat seolah - olah tidak menyokong apa yang dibawa oleh Islam itu sendiri. Buktinya, ada di kalangan kita tidak yakin negara Islam boleh ditegakkan dalam negara kita. Alasannya, negara ini adalah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, dan ia mengamalkan sistem demokrasi.

Saya pernah membaca satu artikel yang ditulis oleh seorang pelajar yang belajar di luar negara. Artikelnya itu menyatakan rasa kecewanya kepada PAS kerana terlalu berpegang kepada perjuangan menegakan negara Islam di Malaysia. Mengikut kata beliau, PAS mempunyai pandangan yang tidak realistik.

Banyak lagi artikel sebegini yang telah saya baca di internet terutamanya di blog2. Paling mengecewakan ialah artikel ini ditulis oleh orang yang mengaku beriman kepada Allah swt. Terdetik dalam hati saya, "macam ni ka orang yang beriman kepada Allah swt?". Beriman ini bermaksud mengisytiharkan dengan lisan, mengaku dengan hati dan membuktikan dengan amalan. Ketiga-tiga elemen ini perlu dimiliki oleh setiap orang beriman barulah mereka boleh digelar mukmin yang tulen. Kalau sekadar mengisytiharkan diri beriman kepada Allah, mengaku Allah itu tuhan kita TETAPI tidak mahu merealisasikan apa yang telah di perintah oleh Allah swt (seperti penubuhan negara Islam), adakah kita boleh gelarkan kita ini orang yang beriman?

Hei, jangan lah kita jadikan Allah swt itu macam budak umur tiga tahun yang tidak tahu apa2 atau macam orang berusia yang sudah nyanyuk yang tidak ada permikiran yang cergas dan cerdas! Allah swt lah yang mencipta kita maka Dia mengetahui selok belok, perangai, permikiran, perasaan manusia sama ada muslim atau tidak. Dengan pengetahuanNya yang Maha Luas dan Maha Bijaksana, Dia memutuskan, "Islam adalah cara hidup terbaik untuk manusia".

Oleh yang demikian, tugas kita adalah mencari jalan/kaedah yang terbaik untuk memastikan ajaran/perintah Allah swt dapat dilaksanakan di muka bumi ini. Bukannya mengeluarkan persoalan, "Boleh ke tegakkan negara Islam kat Malaysia ni?" Muslim sebegini bukan sahaja melambatkan kemenangan Islam, tapi merosakkan Islam di mata non muslim. Bagi yang berniat mahu melihat Islam hancur, mereka pasti ketawa berdekah-dekah melihat longgarnya iman muslim di zaman sekarang.

Petunjuk penerimaan orang bukan Islam kepada konsep negara Islam sudah mula dilihat sedikit demi sedikit. PAS sudah mempunyai ahli Kelab Penyokong PAS (kelab ini hanya untuk non muslim) yang sudah menjangkau lebih 10 000 orang. Mereka ini menyokong penubuhan Negara Islam. Lebih mengharukan, menurut Presiden PAS, telah berpuluh (mungkin sudah beratus) daripada mereka telah mengucapkan "Laila haillallah, Muhammadurrasulullah". Subhanallah, hebatnya Allah mengatur kehidupan hambaNya ini.

Ha, bukti di atas sudah cukup untuk menyatakan tiada mustahil untuk negara Islam ditegakkan di Malaysia yang dihuni oleh berbagai kaum, budaya dan agama. Malah, yakinlah bahawasanya Islam juga boleh ditegakkan menerusi sistem demokrasi ini. Hamas telah berjaya membuktikannya. Sekarang apa lagi? mula lah cari jalan!