Monday, October 1, 2007

apa jadi 10 tahun lagi?

apa jadi 10 tahun lagi?

engineer ker? atau masih menganggur lagi?

entah – entah tidak jadi apa-apa…

apa jadi 10 tahun lagi?

dah beranak – pinak ker?

atau baru nak merasai indahnya cinta?

entah – entah tak kahwin sampai ke tua..

apa jadi 10 tahun lagi?

dah ada BMW or Mercedes ker?

atau baru mampu nak beli sebuah kereta yang sudah diguna?

entah – entah motosikal pun tak ada...

apa jadi 10 tahun lagi?

duduk di rumah atau dipenjara?

atau merempat menumpang rumah orang tua?

entah – entah duduk kat rumah ber”tiang” dua…

apa jadi 10 tahun lagi?

dah jadi ulama’ atau pengkhianat agama?

atau menjadi ”pemerhati” semata-mata?

entah – entah habuk pun tak ada...

apa jadi 10 tahun lagi?

suasana yang damai atau penuh derita?

atau mula diambang bencana?

entah – entah dunia ini sudah hancur belaka..

apa jadi 10 tahun lagi?

jika diri masih lagi begini?

makan, tidur, main semata-mata..

mampu ke nak jadi orang yang berguna?

kepada agama, bangsa dan negara?

atau pandai beretorik sahaja..

apa jadi 10 tahun lagi?

tepuk dada, tanyalah iman anda..

Saturday, September 29, 2007

lina joy vs shah kirit

risau. risau saya melihat suasana yang berlaku di kampus tersayang ini. masalah yang saya rasakan ramai dikalangan kita belum menyedari hal ini. mungkin ada juga yang sedar, tapi buat – buat tak sedar atau merasakan perkara ini tidak perlu di ambil serius.

seriuskah kita?

sebelum saya masuk kepada isi utama komentar kali ini, suka saya mengajak kita rakan pembaca untuk merenung sejauh mana kita serius dalam membincangkan atau menangani sesuatu isu yang berlaku di dalam masyarakat kita? “relaxlah brader,”, “ko nih, serius sangat lah…” ini respon yang biasa kita terima bila kita mahu membincangkan sesuatu isu secara kritis. insyaallah, hal serius dan tak seius ini akan saya bincangkan dengan lebih lanjut dalam komentar lain.

couple berlainan agama

isu coupling adalah isu yang muak untuk dibincangkan. telah lama dibahaskan sejak dariada generasi terdahulu sampai sekarang. namun tiada penyelesaian yang jelas mampu kita ambil dalam menangani isu ini. bermacam-macam alasan dan hujah diberikan oleh yang bercouple kerana untuk mempertahankan perbuatan mereka. ada pula yang terus terang menolak hukum/hujah/nasihat daripada sahabat handai. katanya “engkau peduli apa, ini hal aku. kubur masing-masing!” teringat pesanan seorang ustaz di dalam kuliahnya, “di akhir zaman, manusia akan suka mengambil ayat – ayat al – quran atau hadith yang sesuai untuk kepentingan mereka semata-mata” semoga kita tidak tergolong didalam manusia sebegitu.

masalah lain pula timbul sekarang. rentetan daripada masalah coupling yang tidak selesai-selesai itu. coupling berlainan agama/kepercayaan. contohnya, perempuannya beragama islam, lelakinya beragama kristian. “wabak” ini semakin menular didalam masyarakat kita sekarang (di dalam dan diluar kampus)

secara peribadi, saya sangat risau mengenai hal ini. jika sebelum ini, isu coupling sudah menjadi satu kerisauan dalam diri saya, isu ini ”berjaya” menggandakan tahap kerisauan di benak dada saya. astaghfirullah. bagi saya ia cukup BAHAYA

mengapa bahaya?

direct to the point. saya kaitkan masalah ini dengan masalah murtad yang sekarang menjadi satu wabak yang serius di dalam negara kita (itu pun ramai di kalangan kita terutama belia remaja tidak mahu membincangkan hal murtad ini dengan serius).

saya cukup bimbang jika masalah ini semakin membiak, ia akan meningkatkan bilangan yang akan murtad di negara ini. jangan main-main hal ini!

“mungkin coupling berlainan agama mampu membawa kekasihnya yang bukan beragama islam untuk memeluk islam?” detik hati saya. satu sangkaan baik. tetapi, persoalan lain pula timbul, “mampukah dia untuk bawa kekasihnya iu mengenali islam?” bersangka buruk pula saya. tapi ini realiti. mulut senang berbicara, tetapi nak buatnya bagaimana?

bagi saya, kalau lelaki itu yang beragama islam, mungkin potensi untuk membawa kekasihnya memeluk agama suci ini adalah besar. yang saya kurang yakin sekarang ialah di pihak perempuan. mampukah nak bawa kekasih hati untuk memeluk agama islam ini?

hati perempuan sekeras kerak nasi

tahu kerak nasi? yang tak tahu boleh tanya rakan-rakan yang lebih tahu. pada pandangan saya, perempuan di zaman ini, hatinya memang sebegitu. ini bukan menghina, tapi kesimpulan daripada apa yang saya lihat selama ini. bagi saya, perempuan memang suka jual mahal, tapi mahalnya tidak dapat bertahan lama. dia pasti akan termakan pujuk rayu si lelaki yang biasa terkenal dengan lidahnya yang becabang, suaranya yang “lembut” ketika menggoda atau mahukan sesuatu daripada perempuan itu.

oleh yang demikian sekarang, mampukah si perempuan bertahan dengan “gagah” jika si lelaki mengajak (dengan penuh kelembutan, penuh kasih sayang ) untuk memeluk agamanya (baca: agama selain daripada islam)?

lina joy vs shah kirit

kisah tragis lina joy adalah contoh terbaik dalam hal ini. dia merupakan antara ribuan perempuan yang asalnya beragama islam tetapi telah menukar agamanya kerana mengikut kekasih hati. menurut sumber, ibu bapanya telah memberikan didikan agama yang cukup banyak kepada dirinya. dipercayai, hingga sekarang ibu bapanya agak sukar menerima hakikat anak kesayangan mereka itu telah murtad. para pembaca sekalian, ini kisah benar, bukan main-main!

berlainan pula dengan kisah shah kirit. beliau merupakan seorang yang beragama hindu tetapi akhirnya berjaya kembali kepada fitrahnya (iaitu kembali kepada islam) dan berkahwin dengan seorang gadis melayu beragama islam. harus kita ingat di sini, shah kirit bukan mengenali islam selepas beliau mengenali si gadis melayu itu tetapi sejak di bangku sekolah lagi hatinya mula berminat untuk mengetahui agama islam. malah sekarang beliau mengakui beliau lebih mencintai agama islam berbanding isterinya.

berbalik kepada persoalan coupling dikalangan remaja/belia sekarang. tidak takutkah kita jika situasi seperti lina joy berlaku kepada kita? jangan terlalu yakin dengan benteng ilmu agama kerana isu lina joy telah membuktikannya: ilmua agama juga tidak mampu ”melindunginya.”

berlainan pula jika kekasih kita seperti shah kirit. mungkin risikonya akan berkurang. tapi kita perlu mengambil langkah yang berjaga – jaga juga. manusia mempunyai akal yang licik, bermacam-macam cara dia boleh lakukan untuk mencapai sesuatu yang dia mahu. mula-mula berminat kepada islam, tetapi siapa tahu itu merupakan strategi awalnya sebelum mengajak kekasih hatinya meninggalkan agama yang suci ini?

think about it!

”yakin tidak kena pada tempatnya boleh menghancurkan diri kelak”

Friday, September 28, 2007

keluarga bahagia...


sedamai taman firdausi..
impian kasih sayang sejati..
seharum semerbak kasturi.
mengharumi hidup insani

indahnya, damainya..
keluarga yang bahagia..
itulah idaman..
impian setiap insan.
yang dahagakan belaian,
serta kasih dan sayang..

ya Allah, kekalkan kebahagiaan keluargaku. rahmatilah hidup kami. eratkanlah hubungan sesama kami ya Allah...

Thursday, September 27, 2007

berserabut...

takut. bimbang. gelisah. inilah yang mampu saya luahkan bila memikirkan keadaan disekeliling kita sekarang. sudah bermacam jenis kes yang kita dengar di dada – dada akhbar dan dari media-media elektronik. ada yang dibunuh, diperkosa, dirompak, diculik dan sebagainya. pendek kata, setiap hari WAJIB dikalangan rakyat di negara kita ditimpa malang sebegini rupa. tak percaya? saya cadangkan kumpulkan akhbar2 selama sebulan dan anda rekodkan kes-kes ini. pasti terkejut besar!

berserabut

mengapa masalah ini berlaku? kita dimomok – momokkan oleh media bahawa negara kita ini aman dan damai, permai lagi mempersona. ada bermacam-macam tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati, budaya yang pelbagai, makanan yang beraneka rasa yang menyelerakan. bila tonton iklan-iklan ini, timbul rasa syukur berada di negara ini. tapi, bila tonton buletin utama, 999, edisi siasat timbul pula rasa risau dan bimbang mengenai keadaan masyarakat hari ini. perasaan gembira, takut, tenang, gelisah datang silih berganti. berserabut kepala saya memikirkan hal ini.

“bila hilang rasa takut kepada Maha Berkuasa, manusia akan berani membuat apa sahaja” ulasan yang ringkas oleh seorang ulama’ yang terkenal di negara ini. ringkas tapi mendalam maksudnya. sukar bagi saya untuk nafikan kenyataan beliau ini. kenapa?

sistem keselamatan: dulu dan sekarang

jika kita melihat kembali era 60 – 70an atau sebelum merdeka, kita mendapati sistem keselamatan negara pada waktu itu tidaklah secanggih zaman sekarang. pada waktu itu, pihak polis tidak mempunyai senjata-senjata yang sehebat sekarang, sistem komunikasi antara mereka pun tidaklah setangkas sekarang. dengan kata mudahnya, sistem keselamatan dahulu amatlah daif berbanding di zaman millennium ini.

tetapi yang peliknya, masalah – masalah yang disebutkan diatas tidaklah berlaku dengan “rancak” berbanding zaman sekarang – zaman yang mempunyai sistem keselamatan yang canggih, hebat, dan bertaraf dunia. apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah: kemajuan teknologi bukanlah penyelesaian tebaik untuk menangani masalah ini

para pembaca sekalian, hantarkanlah kepada negara ini teknologi-teknologi yang hebat dari luar, ciptalah seberapa banyak senjata – senjata untuk mengawal ketenteraman awam, saya yakin dan pasti ia tetap gagal untuk menyelesaikan masalah – masalah ini.

pihak berkuasa tidak mampu untuk mengawal setiap orang

inilah hakikat. pergilah merantau ke luar, ke negara-negara maju yang mempunyai teknologi yang hebat, masalah – masalah ini ini tetap timbul di negara mereka. manusia akan berasa takut dan tidak berani untuk melakukan kesalahan jika mereka sedar mereka sedang diperhatikan dan dikawal. itu sahaja. tetapi, jika secara hakikatnya pihak berkuasa tidak mampu untuk mengawal semua orang, “siapa” lagi yang mampu melakukannya?

siapa yang lebih pakar: Pencipta atau yang dicipta?

saya yakin, semua daripada kita mempunyai jawapan yang sama: Pencipta lah yang lebih pakar. nak tak nak, inilah yang kita perlu akui. semua pihak perlu mengakui hal ini. kerajaan, pihak polis, tentera, penjawat awam, ibu bapa, remaja, kanak-kanak dan lapisan masyarakat lain perlu mengakui hal ini secara rela atau paksa rela!

berbagai-bagai amaran yang dinyatakan didalam Al-Quran dan hadith yang bakal dihadapi oleh mereka yang melakukan kesalahan ini. balasan yang diterima bukan sahaja di akhirat kelak, malah di dunia pun ada. Cuma sayang, berapa ramai daripada kita mengambil iktibar daripadanya?

”hanya pencipta manusia yang tahu selok belok diri manusia termasuklah bagaimana untuk mengawal tingkah laku manusia. betul, analoginya mudah, siapa yang lebih pakar dalam membaiki laptop yang rosak? pencipta laptop or pengguna laptop? sudah pasti penciptanya kerana dia yang menciptanya, maka dia tahu mana yang kurang, mana yang lemah pada penciptaannya itu. begitu juga denga manusia, yang mampu mengawal manusia serba kekurangan ini hanyalah penciptanya sahaja iaitu Allah swt, bukan manusia lain (yang pasti ada kelemahan dan kekurangan dalam diri!)

buang ego

segala pandangan telah dilontarkan. bukan daripada saya sahaja, beribu – ribu lagi telah dan akan membuat komentar yang sama jika diajak berbincang masalah ini. luahan masalah sudah, perbincangan secara kritis pun sudah, yang tinggal hanyalah perlaksanaannya sahaja. itu sahaja langkah yang sangat-sangat diperlukan sekarang.

undang-undang dari Allah swt bukanlah untuk menzalimi, tetapi ia lebih kepada pencegahan. ya, Allah ciptakan undang-undang yang dilihat menggerunkan sememangnya bertujuan untuk menakutkan manusia – manakutkan manusia daripada melakukan perbuatan – perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan itu!

buanglah ego masing-masing. kepada pihak berkuasa, rakyat biasa seperti kami mengharapkan perubahan daripada anda. anda tidak perlu berasa malu untuk berubah malah saya yakin dan optimis, rakyat akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi lagi kepada anda. kami di ”bawah” memahami, anda juga seperti kami; manusia yang serba kekurangan. melakukan kesilapan itu adalah lumrah hidup manusia. yang penting, akui kesilapan itu lalu kembali kepada jalan yang betul.

kepada rakan pembaca, saya menyeru untuk kita hidupkan budaya ini – menegur pihak berkuasa bila mereka melakukan kesilapan. merekalah yang menguruskan negara ini. kita menegur bukan untuk membenci, tetapi untuk membaiki. semoga usaha kita semua diredhai Allah swt.

” perangilah mereka dengan senjata kasih sayang – Hassan Al Banna”

”ya Allah, mengantuknya hari nih.. naper badan rasa letih sangat nih,” rungut saya kepada diri sendiri. masakan tidak, setelah saya pulang daripada IRC pagi tadi, saya berasa agak letih (mungkin sebab tidak bangun sahur kot) . Lebih kurang pukul 12.55 tengah hari tadi, saya mula melabuhkan badan di atas katil.


”afnan, afnan zohor” kejut roommate saya. berat rasanya nak bangun untuk tunaikan solat zohor. saya teruskan tidur saya. ”oih, afnan bangun! bangun! jom solat” macam kenal suara ni. ohh, housemate pula yang datan kejut. ”tadi roommate, sekarang housemate plak.” bisik saya. akhirnya saya bangun. Allahuakbar, tuhan saja yang tahu beratnya rasa nak bangun waktu itu. memandangkan kewajipan belum ditunaikan lagi. saya gagahkan juga. Thanks to my roommate & housemate for your effort!


selesai zolat zohor, sahabat saya mengajak untuk turun ke common room. nak study rasanya. hati dah bersemangat untuk membuat sedikit revision untuk menghadapi test 2 yang akan bermula pada minggu hadapan.


tidur lagi!


”ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.” beberapa minit berada di common room, mata mula berasa kuyu, aduh.. mengantuk lagi nih. akhirnya, saya kembali ke alam ”kegelapan” saya. Zzz..


”afnan, afnan dah solat asar?” sapa seseorang, lembut. oh, sahabat/roommate saya rupanya, hidzir. “pukul berapa sekarang?” tanya saya. “6 petang” jawabnya ringkas. ya Allah, lamanya tidur. saya belum tunaikan solat asar lagi. saya bingkas bangun dan bergegas ke bilik untuk bersiap-siap tunaikan solat.


selesai solat, saya mula berfikir. “kenapa aku asyik tidur je nih??”


tidur menjadi satu tabiat kehidupan


”mungkin ini sudah menjadi tabiat hidup aku” simpul saya ringkas. malu rasanya nak mengaku dalam blog nih, tapi kerana niat saya mahu berkongsi sebagai pengajaran, saya tebalkan muka.


saya yakin, fenomena yang saya alami tadi juga dialami oleh sebahagian (atau semua) pembaca. sedar atau tidak, jika kita review semula cara hidup kita, kita akan mendapati tedapat sesuatu perkara yang kita akan melakukannya tanpa kita sedar – contohnya seperti saya - sering tidur – sudah lama saya benci amalkan gaya hidup seperti ini, tapi sampai sekarang saya gagal mengatasinya.


inilah TABIAT. suka ataupun tudak, mahu ataupun malu, kita pasti akan melakukan perkara tersebut di dalam kehidupan kita. ia seolah-olah menjadi perkara ”wajib” dalam hidup kita. tabiat tidur, tabiat makan makanan ringan, tabiat suka melayari internet sebelum start study dan bermacam2 lagi tabiat hidup kita. apa yang pasti, berdasarkan pengalaman, memang agak sukar untuk kita ubah tabiat hidup ini. perlukan keazaman yang tinggi disamping disiplin diri yang kuat. [azam + disiplin = berjaya.]


sekadar ini sahaja yang ingin saya kongsi untuk kali ini. semoga ia menjadi renungan.


”dengar tanpa berfikir itu sia – sia. dengar, berfikir tapi tiada tindakan itu lagilah sia – sia”

Wednesday, September 26, 2007

berfikirlah..

Malam yang tenang..

Sebagai permulaan, saya suka mengajak para pembaca untuk menilai kembali diri kita yang sebenar. Siapa kita? Ramai dikalangan kita tidak sedar akan hakikat kejadian mereka – kejadian manusia. Kita diceritakan asal usul kita adalah dari nabi Adam as & siti hawa. Di situlah mulanya kejadian manusia, semakin lama semakin ramai dan akhirnya menjangkau berbillion-billion bilangannya hingga ke hari ini.

Berbanding kita dengan haiwan, tumbuhan dan makhluk Allah yang lain, kita ini hanyalah kejadian yang lemah. Ini benar jika kita bandingkan keupayaan dari sudut lahiriah atau fizikal. Bandingkan kita dengan anjing; deria bau anjing lebih hebat daripada kita – hingga mampu untuk mengesan dadah yang disembunyikan oleh penjenayah walaupun disimpan di dalam seluar dalam! Ikan yu pula mampu mengesan setitik darah yang berkilometer jauh daripadanya. Pokok-pokok, daun-daun hijau pula mampu membina makanannya sendiri (proses fotosintesis). Tak perlu penat mencari kerja, membantig tulang seperti kita semata-mata untuk mencari sesuap makanan.

Haiwan lebih ”mulia” daripada kita

Jangan cepat melenting. Bukan merendah-rendahkan taraf manusia atau bukan mahu mencari pasal atau menimbulkan pergaduhan dengan sesiapa pun. Apa pun, ini adalah HAKIKAT (dengan kata lain, dari apa yang saya perhatikan, kenyataan saya ini adalah benar).

· Negara kita berjaya mencatatkan rekod berpuluh-puluh ribu anak tidak sah taraf (kalimah kasar: anak haram)dilahirkan di bumi Malaysia tecinta ini.

· Di dada – dada akhbar, bayi- bayi dibuang di merata – rata tempat; longkang, mangkuk tandas, tong sampah. Ada yang mati kesejukan, atau dimakan oleh haiwan liar seperti anjing-anjing.

· Semut bekerjasama antara satu sama lain ketika mencari makanan, mempertahankan tempat tinggal. Manusia pula sanggup menghancurkan orang disekelilingnya untuk kerana mahu mengejar secebis ganjaran.

· Jangan sesekali mendekati anak – anak haiwan yang masih kecil; bimbang ibu nya akan bertindak agresif untuk melindungi anaknya. Manusia pula bagaimana? ada yang sanggup jual anak bini semata-mata untuk dapatkan habuan.

Banyak lagi perbandingan yang kita boleh buat.. pandanglah disekeliling anda. Tengok atas, bawah, kanan, kiri dan anda akan belajar bermacam-macam perkara daripada itu.

BERFIKIRLAH! Inilah keistimewan kita malah menjadikan kita ”lebih tinggi” tarafnya daripada makhluk Allah lain di muka bumi ini. Ya, kelebihan kita adalah akal fikiran. Dengan berfikir, kita mampu memegang dunia. Albert Enstein mampu menghasilkan formula yang hebat dengan berFIKIR. Alexander Graham Bell mampu mencipta alat komunkasi (telefon) kerana beliau berFIKIR. Parti AKP Turki menang bergaya dalam PRU negara itu kerana apa? Mereka berFIKIR. Jepun mampu bangkit kembali selepas negara itu dibom oleh pihak British pun kerana mereka berFIKIR.

”setiap kata – kata itu boleh diterima atau ditolak kecuali dari ALLAH dan Rasulnya”