Wednesday, September 26, 2007

berfikirlah..

Malam yang tenang..

Sebagai permulaan, saya suka mengajak para pembaca untuk menilai kembali diri kita yang sebenar. Siapa kita? Ramai dikalangan kita tidak sedar akan hakikat kejadian mereka – kejadian manusia. Kita diceritakan asal usul kita adalah dari nabi Adam as & siti hawa. Di situlah mulanya kejadian manusia, semakin lama semakin ramai dan akhirnya menjangkau berbillion-billion bilangannya hingga ke hari ini.

Berbanding kita dengan haiwan, tumbuhan dan makhluk Allah yang lain, kita ini hanyalah kejadian yang lemah. Ini benar jika kita bandingkan keupayaan dari sudut lahiriah atau fizikal. Bandingkan kita dengan anjing; deria bau anjing lebih hebat daripada kita – hingga mampu untuk mengesan dadah yang disembunyikan oleh penjenayah walaupun disimpan di dalam seluar dalam! Ikan yu pula mampu mengesan setitik darah yang berkilometer jauh daripadanya. Pokok-pokok, daun-daun hijau pula mampu membina makanannya sendiri (proses fotosintesis). Tak perlu penat mencari kerja, membantig tulang seperti kita semata-mata untuk mencari sesuap makanan.

Haiwan lebih ”mulia” daripada kita

Jangan cepat melenting. Bukan merendah-rendahkan taraf manusia atau bukan mahu mencari pasal atau menimbulkan pergaduhan dengan sesiapa pun. Apa pun, ini adalah HAKIKAT (dengan kata lain, dari apa yang saya perhatikan, kenyataan saya ini adalah benar).

· Negara kita berjaya mencatatkan rekod berpuluh-puluh ribu anak tidak sah taraf (kalimah kasar: anak haram)dilahirkan di bumi Malaysia tecinta ini.

· Di dada – dada akhbar, bayi- bayi dibuang di merata – rata tempat; longkang, mangkuk tandas, tong sampah. Ada yang mati kesejukan, atau dimakan oleh haiwan liar seperti anjing-anjing.

· Semut bekerjasama antara satu sama lain ketika mencari makanan, mempertahankan tempat tinggal. Manusia pula sanggup menghancurkan orang disekelilingnya untuk kerana mahu mengejar secebis ganjaran.

· Jangan sesekali mendekati anak – anak haiwan yang masih kecil; bimbang ibu nya akan bertindak agresif untuk melindungi anaknya. Manusia pula bagaimana? ada yang sanggup jual anak bini semata-mata untuk dapatkan habuan.

Banyak lagi perbandingan yang kita boleh buat.. pandanglah disekeliling anda. Tengok atas, bawah, kanan, kiri dan anda akan belajar bermacam-macam perkara daripada itu.

BERFIKIRLAH! Inilah keistimewan kita malah menjadikan kita ”lebih tinggi” tarafnya daripada makhluk Allah lain di muka bumi ini. Ya, kelebihan kita adalah akal fikiran. Dengan berfikir, kita mampu memegang dunia. Albert Enstein mampu menghasilkan formula yang hebat dengan berFIKIR. Alexander Graham Bell mampu mencipta alat komunkasi (telefon) kerana beliau berFIKIR. Parti AKP Turki menang bergaya dalam PRU negara itu kerana apa? Mereka berFIKIR. Jepun mampu bangkit kembali selepas negara itu dibom oleh pihak British pun kerana mereka berFIKIR.

”setiap kata – kata itu boleh diterima atau ditolak kecuali dari ALLAH dan Rasulnya”