Thursday, September 27, 2007

berserabut...

takut. bimbang. gelisah. inilah yang mampu saya luahkan bila memikirkan keadaan disekeliling kita sekarang. sudah bermacam jenis kes yang kita dengar di dada – dada akhbar dan dari media-media elektronik. ada yang dibunuh, diperkosa, dirompak, diculik dan sebagainya. pendek kata, setiap hari WAJIB dikalangan rakyat di negara kita ditimpa malang sebegini rupa. tak percaya? saya cadangkan kumpulkan akhbar2 selama sebulan dan anda rekodkan kes-kes ini. pasti terkejut besar!

berserabut

mengapa masalah ini berlaku? kita dimomok – momokkan oleh media bahawa negara kita ini aman dan damai, permai lagi mempersona. ada bermacam-macam tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati, budaya yang pelbagai, makanan yang beraneka rasa yang menyelerakan. bila tonton iklan-iklan ini, timbul rasa syukur berada di negara ini. tapi, bila tonton buletin utama, 999, edisi siasat timbul pula rasa risau dan bimbang mengenai keadaan masyarakat hari ini. perasaan gembira, takut, tenang, gelisah datang silih berganti. berserabut kepala saya memikirkan hal ini.

“bila hilang rasa takut kepada Maha Berkuasa, manusia akan berani membuat apa sahaja” ulasan yang ringkas oleh seorang ulama’ yang terkenal di negara ini. ringkas tapi mendalam maksudnya. sukar bagi saya untuk nafikan kenyataan beliau ini. kenapa?

sistem keselamatan: dulu dan sekarang

jika kita melihat kembali era 60 – 70an atau sebelum merdeka, kita mendapati sistem keselamatan negara pada waktu itu tidaklah secanggih zaman sekarang. pada waktu itu, pihak polis tidak mempunyai senjata-senjata yang sehebat sekarang, sistem komunikasi antara mereka pun tidaklah setangkas sekarang. dengan kata mudahnya, sistem keselamatan dahulu amatlah daif berbanding di zaman millennium ini.

tetapi yang peliknya, masalah – masalah yang disebutkan diatas tidaklah berlaku dengan “rancak” berbanding zaman sekarang – zaman yang mempunyai sistem keselamatan yang canggih, hebat, dan bertaraf dunia. apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah: kemajuan teknologi bukanlah penyelesaian tebaik untuk menangani masalah ini

para pembaca sekalian, hantarkanlah kepada negara ini teknologi-teknologi yang hebat dari luar, ciptalah seberapa banyak senjata – senjata untuk mengawal ketenteraman awam, saya yakin dan pasti ia tetap gagal untuk menyelesaikan masalah – masalah ini.

pihak berkuasa tidak mampu untuk mengawal setiap orang

inilah hakikat. pergilah merantau ke luar, ke negara-negara maju yang mempunyai teknologi yang hebat, masalah – masalah ini ini tetap timbul di negara mereka. manusia akan berasa takut dan tidak berani untuk melakukan kesalahan jika mereka sedar mereka sedang diperhatikan dan dikawal. itu sahaja. tetapi, jika secara hakikatnya pihak berkuasa tidak mampu untuk mengawal semua orang, “siapa” lagi yang mampu melakukannya?

siapa yang lebih pakar: Pencipta atau yang dicipta?

saya yakin, semua daripada kita mempunyai jawapan yang sama: Pencipta lah yang lebih pakar. nak tak nak, inilah yang kita perlu akui. semua pihak perlu mengakui hal ini. kerajaan, pihak polis, tentera, penjawat awam, ibu bapa, remaja, kanak-kanak dan lapisan masyarakat lain perlu mengakui hal ini secara rela atau paksa rela!

berbagai-bagai amaran yang dinyatakan didalam Al-Quran dan hadith yang bakal dihadapi oleh mereka yang melakukan kesalahan ini. balasan yang diterima bukan sahaja di akhirat kelak, malah di dunia pun ada. Cuma sayang, berapa ramai daripada kita mengambil iktibar daripadanya?

”hanya pencipta manusia yang tahu selok belok diri manusia termasuklah bagaimana untuk mengawal tingkah laku manusia. betul, analoginya mudah, siapa yang lebih pakar dalam membaiki laptop yang rosak? pencipta laptop or pengguna laptop? sudah pasti penciptanya kerana dia yang menciptanya, maka dia tahu mana yang kurang, mana yang lemah pada penciptaannya itu. begitu juga denga manusia, yang mampu mengawal manusia serba kekurangan ini hanyalah penciptanya sahaja iaitu Allah swt, bukan manusia lain (yang pasti ada kelemahan dan kekurangan dalam diri!)

buang ego

segala pandangan telah dilontarkan. bukan daripada saya sahaja, beribu – ribu lagi telah dan akan membuat komentar yang sama jika diajak berbincang masalah ini. luahan masalah sudah, perbincangan secara kritis pun sudah, yang tinggal hanyalah perlaksanaannya sahaja. itu sahaja langkah yang sangat-sangat diperlukan sekarang.

undang-undang dari Allah swt bukanlah untuk menzalimi, tetapi ia lebih kepada pencegahan. ya, Allah ciptakan undang-undang yang dilihat menggerunkan sememangnya bertujuan untuk menakutkan manusia – manakutkan manusia daripada melakukan perbuatan – perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan itu!

buanglah ego masing-masing. kepada pihak berkuasa, rakyat biasa seperti kami mengharapkan perubahan daripada anda. anda tidak perlu berasa malu untuk berubah malah saya yakin dan optimis, rakyat akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi lagi kepada anda. kami di ”bawah” memahami, anda juga seperti kami; manusia yang serba kekurangan. melakukan kesilapan itu adalah lumrah hidup manusia. yang penting, akui kesilapan itu lalu kembali kepada jalan yang betul.

kepada rakan pembaca, saya menyeru untuk kita hidupkan budaya ini – menegur pihak berkuasa bila mereka melakukan kesilapan. merekalah yang menguruskan negara ini. kita menegur bukan untuk membenci, tetapi untuk membaiki. semoga usaha kita semua diredhai Allah swt.

” perangilah mereka dengan senjata kasih sayang – Hassan Al Banna”

1 comments:

bak kate Akkil Hayy.. "yg membentuk manusia dari kecik tuh mmg la ibu bapa dan keluarga, pendek kate penjage lah.. tp once dah bercampur dgn masyarakat, menjadi tanggungjawab kite utk menjage satu same lain.. " -[stiap mukmin itu cermin bg mukmin yg lain]