Saturday, September 29, 2007

lina joy vs shah kirit

risau. risau saya melihat suasana yang berlaku di kampus tersayang ini. masalah yang saya rasakan ramai dikalangan kita belum menyedari hal ini. mungkin ada juga yang sedar, tapi buat – buat tak sedar atau merasakan perkara ini tidak perlu di ambil serius.

seriuskah kita?

sebelum saya masuk kepada isi utama komentar kali ini, suka saya mengajak kita rakan pembaca untuk merenung sejauh mana kita serius dalam membincangkan atau menangani sesuatu isu yang berlaku di dalam masyarakat kita? “relaxlah brader,”, “ko nih, serius sangat lah…” ini respon yang biasa kita terima bila kita mahu membincangkan sesuatu isu secara kritis. insyaallah, hal serius dan tak seius ini akan saya bincangkan dengan lebih lanjut dalam komentar lain.

couple berlainan agama

isu coupling adalah isu yang muak untuk dibincangkan. telah lama dibahaskan sejak dariada generasi terdahulu sampai sekarang. namun tiada penyelesaian yang jelas mampu kita ambil dalam menangani isu ini. bermacam-macam alasan dan hujah diberikan oleh yang bercouple kerana untuk mempertahankan perbuatan mereka. ada pula yang terus terang menolak hukum/hujah/nasihat daripada sahabat handai. katanya “engkau peduli apa, ini hal aku. kubur masing-masing!” teringat pesanan seorang ustaz di dalam kuliahnya, “di akhir zaman, manusia akan suka mengambil ayat – ayat al – quran atau hadith yang sesuai untuk kepentingan mereka semata-mata” semoga kita tidak tergolong didalam manusia sebegitu.

masalah lain pula timbul sekarang. rentetan daripada masalah coupling yang tidak selesai-selesai itu. coupling berlainan agama/kepercayaan. contohnya, perempuannya beragama islam, lelakinya beragama kristian. “wabak” ini semakin menular didalam masyarakat kita sekarang (di dalam dan diluar kampus)

secara peribadi, saya sangat risau mengenai hal ini. jika sebelum ini, isu coupling sudah menjadi satu kerisauan dalam diri saya, isu ini ”berjaya” menggandakan tahap kerisauan di benak dada saya. astaghfirullah. bagi saya ia cukup BAHAYA

mengapa bahaya?

direct to the point. saya kaitkan masalah ini dengan masalah murtad yang sekarang menjadi satu wabak yang serius di dalam negara kita (itu pun ramai di kalangan kita terutama belia remaja tidak mahu membincangkan hal murtad ini dengan serius).

saya cukup bimbang jika masalah ini semakin membiak, ia akan meningkatkan bilangan yang akan murtad di negara ini. jangan main-main hal ini!

“mungkin coupling berlainan agama mampu membawa kekasihnya yang bukan beragama islam untuk memeluk islam?” detik hati saya. satu sangkaan baik. tetapi, persoalan lain pula timbul, “mampukah dia untuk bawa kekasihnya iu mengenali islam?” bersangka buruk pula saya. tapi ini realiti. mulut senang berbicara, tetapi nak buatnya bagaimana?

bagi saya, kalau lelaki itu yang beragama islam, mungkin potensi untuk membawa kekasihnya memeluk agama suci ini adalah besar. yang saya kurang yakin sekarang ialah di pihak perempuan. mampukah nak bawa kekasih hati untuk memeluk agama islam ini?

hati perempuan sekeras kerak nasi

tahu kerak nasi? yang tak tahu boleh tanya rakan-rakan yang lebih tahu. pada pandangan saya, perempuan di zaman ini, hatinya memang sebegitu. ini bukan menghina, tapi kesimpulan daripada apa yang saya lihat selama ini. bagi saya, perempuan memang suka jual mahal, tapi mahalnya tidak dapat bertahan lama. dia pasti akan termakan pujuk rayu si lelaki yang biasa terkenal dengan lidahnya yang becabang, suaranya yang “lembut” ketika menggoda atau mahukan sesuatu daripada perempuan itu.

oleh yang demikian sekarang, mampukah si perempuan bertahan dengan “gagah” jika si lelaki mengajak (dengan penuh kelembutan, penuh kasih sayang ) untuk memeluk agamanya (baca: agama selain daripada islam)?

lina joy vs shah kirit

kisah tragis lina joy adalah contoh terbaik dalam hal ini. dia merupakan antara ribuan perempuan yang asalnya beragama islam tetapi telah menukar agamanya kerana mengikut kekasih hati. menurut sumber, ibu bapanya telah memberikan didikan agama yang cukup banyak kepada dirinya. dipercayai, hingga sekarang ibu bapanya agak sukar menerima hakikat anak kesayangan mereka itu telah murtad. para pembaca sekalian, ini kisah benar, bukan main-main!

berlainan pula dengan kisah shah kirit. beliau merupakan seorang yang beragama hindu tetapi akhirnya berjaya kembali kepada fitrahnya (iaitu kembali kepada islam) dan berkahwin dengan seorang gadis melayu beragama islam. harus kita ingat di sini, shah kirit bukan mengenali islam selepas beliau mengenali si gadis melayu itu tetapi sejak di bangku sekolah lagi hatinya mula berminat untuk mengetahui agama islam. malah sekarang beliau mengakui beliau lebih mencintai agama islam berbanding isterinya.

berbalik kepada persoalan coupling dikalangan remaja/belia sekarang. tidak takutkah kita jika situasi seperti lina joy berlaku kepada kita? jangan terlalu yakin dengan benteng ilmu agama kerana isu lina joy telah membuktikannya: ilmua agama juga tidak mampu ”melindunginya.”

berlainan pula jika kekasih kita seperti shah kirit. mungkin risikonya akan berkurang. tapi kita perlu mengambil langkah yang berjaga – jaga juga. manusia mempunyai akal yang licik, bermacam-macam cara dia boleh lakukan untuk mencapai sesuatu yang dia mahu. mula-mula berminat kepada islam, tetapi siapa tahu itu merupakan strategi awalnya sebelum mengajak kekasih hatinya meninggalkan agama yang suci ini?

think about it!

”yakin tidak kena pada tempatnya boleh menghancurkan diri kelak”

1 comments:

salam...erm...itu la..tp yg kapel islam ngan islam pon bukan sume leyh percaye..ade yg ok tu..ok gak la...tp ade yg teruk sgt mengalahkan bukan islam smpai kte pon segan nk lalu depan dorang,,,o ye...pd pendapat sedara,,,jadi cmne carenye nak nasihatkan kawan yg sdg berkapel ngan org bukan islam?