Monday, September 15, 2008

Apa akan jadi?

Aku sedikit keliru mengenai suasana politik Malaysia sekarang. Sebagai orang yang mahukan kebenaran hakiki atau lebih jelas pemerintahan Islam yang sebenar bertapak di Malaysia, aku menjadi serba salah untuk mendokong gagasan 16 september iaitu perubahan kerajaan daripada BN kepada PR. Aku takut jika situasi ini benar berlaku, Negara islam tetap tidak dapat ditegakkan. Tetapi, berdasarkan andaian kasar aku, aku risau PAS sebagai pendokong misi Negara Islam memilih untuk tidak bersama dengan pakatan Rakyat dengan sebab PR tidak mahu meletakkan dasar Islam dalam kerajaan mereka. Apa yang aku risau ialah:

1. Jika PAS bersendiri, adakah PAS akan hebat seperti sekarang? Aku risau PAS akan kembali seperti sebelum peristiwa pemecatan Anwar pada tahun 1999. Aku risau PAS akan kehilangan sebahagian ahli-ahlinya lebih-lebih lagi penyokong mereka. Aku tidak risau kepada pendokong PAS sebab mereka bersama PAS atas dasar yang kukuh;mahu tegakkan Negara islam. Tetapi bagi penyokong, aku yakin ada yang menyokong PAS tetapi ketetapan dalam diri mereka untuk menegakkan Negara Islam itu tidak sekuat pendokong. Bila melihat kerajaan PR (yang bukan letakkan dasar Islam) boleh kembalikan hak-hak rakyat atau kembalikan kebajikan rakyat seperti menurunkan harga minyak, memberikan kebebasan bersuara, menghapuskan ISA, lalu mereka akan sedikit demi sedikit lupa pada sokongan kepada Negara Islam itu sendiri. Akhirnya, PAS akan kehilangan penyokong.

2. Jika PAS setuju untuk bergabung dengan PR walaupun dasar Islam tidak ditegakkan lagi. Untuk pilihan ini, aku mencadangkan kalau betul PR tak mahu letak Islam sebagai dasar, aku cadangkan diberi sebahagian negeri terutamanya bahagian timur dan utara untuk ditadbir sepenuhnya oleh PAS. Bahagian lain diuruskan oleh DAP atau Keadilan. Aku ingin menegaskan disini, jika PR betul-betul adil, PAS perlu diberi peluang untuk mentadbir secara mutlak sebahagian negeri untuk membuktikan Islam itu cukup baik untuk memerintah negeri-negeri tersebut. Jika perkara ini tidak dibenarkan, aku rasa kerajaan PR sama sahaja dengan kerajaan BN (kerajaan PR baik sikitlah..)


3.
Satu persoalan dalam kepala aku kenapa DAP begitu menolak Negara Islam? Aku difahamkan PAS telah memberikan penerangan perihal Negara Islam kepada DAP. Tapi, kenapa mereka mahu menolaknya? Jika matlamat perjuangan DAP untuk berikan keadilan kepada semua bangsa, aku rasa perkara itu sudah terkandung dalam konsep Negara Islam. Adakah DAP menolak kerana bimbang Islam itu akan berkembang? Jika itu yang dirisaukannya, apa lagi PAS boleh buat untuk memuaskan hati “sahabat” mereka ini?

0 comments: