Thursday, September 25, 2008

Selamat memilih pemimpin

Nun jauh di Perak terdengar hiruk pikuk kemeriahan Pilihan Raya Kampus.. Alhamdulillah, sistem demokrasi dapat diamalkan sekali lagi di bumi kampus. Saya kira prk kali ini lebih hebat dan sihat persaingannya berbanding sebelum ini. Tahniah kepada pihak2 yang terlibat dalam menjayakan prk kali. Penamaan calon sudah pun selesai dengan jayanya. Moga sesi manifesto, kempen, perang poster, dan hari pengundian selepas ini akan lebih rancak dan bermakna untuk kita semua.

Rakan-rakan kampus,
Memilih pemimpin pelajar bukanlah seperti kita melantik ketua kumpulan dalam sesi kuliah/tutorial yang kita hadiri setiap hari. Fenomena para pelajar sekarang suka memilih ketua sekadar suka-suka; kadang kala bertujuan untuk menganiaya rakan mereka, lalu dipilih rakan nya itu untuk menjadi ketua. Memilih pemimpin itu bermaksud anda melantik seorang wakil yag boleh mewakili diri anda dan masyarakat kampus untuk menyuarakan pendirian pelajar pada pihak atasan. Selain itu, anada juga perlu memilih pemimpin yang anda bersedia untuk memberi sokongan kepadanya ketika beliau memegang kuasa kelak. Jadi, pilihan itu perlu dibuat dengan berhati-hati dan teliti. Nilailah setiap calon yang telah dibenarkan bertanding. Nilailah dari sudut keupayaan mereka memimpin, membuat kebajikan untuk pelajar kampus, ideologi mereka, dan yang paling penting bagaimana pegangan agama mereka.

Mengapa pegangan agama itu sangat penting? Pada saya, orang yang kuat berpegang pada agama adalah mereka yang ada prinsip dan matlamat hidup yang jelas. Orang sebegini kehidupan mereka lebih teratur, boleh menyusun diri supaya sesuai di setiap tempat dan ketika. Mereka yang berpegang teguh dengan agama sedar memimpin itu adalah satu amanah yang perlu dijalakan dengan bersungguh-sungguh. Orang sebegini sanggup letakkan kepentingan diri di tepi lalu mengutamakan kepentingan masyarakat dahulu. Mereka takut akan azab Allah swt jika tidak laksanakan amanah dengan baik.

Ingatlah rakan sekalian, zaman memilih pemimpin kerana mereka itu kawan kita, atau mereka itu popular, atau mereka itu pandai berkata-kata sudah tidak relevan lagi. Rakyat mahukan tindakan yang segera. Rakyat mahukan usaha bukan kata-kata. Rakyat mahukan pemimpin yang sentiasa sanggup bersama mereka ketika susah dan senang. Bagi saya, hanya calon yang punya kefahaman dan kekuatan agama sahaja mampu menjadi pemimpin seperti ini. Dek terlalu takut balasan yang pedih di akhirat kelak, mereka akan bersungguh-sungguh laksanakan amanah itu.

Kisah Amirul Mukminin, Saidina Umar al Khattab yang sentiasa membuat rondaan pada waktu malam tanpa disedari oleh rakyat jelata wajar dijadikan renungan oleh para calon & pengundi. Kerendahan hati dan sifat takwa yang tinggi di hati baginda sehingga sanggup bersusah payah sebegitu telah menyebabkan baginda dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan cepat dan berkesan. Baginda memimpin rakyatnya supaya menjadi rakyat yang benar-benar bertakwa kepada Allah swt hingga rakyatnya berjaya menjadi ahli masyarakat yang punya maruah tinggi, sanggup berkorban untuk negara dll. Baginda mendidik rakyatnya dengan lembut tetapi tegas.

Baginda tidak kisahkan kuasa/pengaruh nya merosot asalkan Baginda boleh melaksanakan pemerintahan Islam dengan baik dan diredhai Allah swt. Redha Allah swt keutamaan baginda berbanding rakyatnya. Bukti? Renungi kisah Baginda menampar seorang Gabenor di hadapan rakyat kerana berlaku tidak adil kepada seorang budak.

Harap sedikit perkongsian ini boleh membantu para pelajar untuk turun mengundi dalam memilih pemimpin mereka nanti.

1 comments:

Posting yg bagus, kalau boleh share pengalaman sebagai bekas pemimpin kampus, hope pemimpin yang bakal naik lebih berkesan