Monday, September 1, 2008

A nice journey

Alhamdulillah, sudah lama saya tidak mengupdate blog saya ini. Setelah memasuki alam pekerjaan sementara (internship), keinginan untuk memasuki dunia blog timbul semula dalam diri. Semoga coretan selepas ini lebih memberi banyak perkongsian mengenai hidup ini dengan matlamat para pembaca akan menghargai kehidupan ini sebagai medan persiapan menghadapi hari pembalasan kelak.

SALAM RAMADHAN

selamat menyambut ramadhan al mubarak. Bulan penuh dengan rahmat. Pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Alhamdulillah, rasa syukur terbit di hati kerana masih lagi diberi peluang untuk merasa bulan yang mulia ini. Seiring dengan peningkatan usia dan peningkatan kematangan dalam berfikir, untuk ramadhan kali ini, saya merasakan sedikit kelainan untuk menyambutnya. Jika dahulu rasa berat untuk menghadapinya lebih-lebih lagi kerana tidak boleh makan dan minum, tetapi kali ini hal sekecil ini sudah dibuang sejauh-jauhnya. Tidak kuasa untuk melayan nafsu perut yang tidak pernah henti-henti menagih untuk diisi dengan pelbagai jenis makanan dan minuman.

kelainan ini mula dirasai selepas menghadiri kuliah tuan guru di Kota Bharu ketika berkunjung ke Kelantan dua tiga hari sebelum Ramadhan. Di dalam kuliah mingguannya itu, beliau menyarankan rakyat Kelantan untuk kerap merujuk bulan mulia ini sebagai "bulan Ramadhan" bukan "bulan puasa". Sekali dengar macam pelik tapi apa yang diutarkan oleh beliau ada benarnya. Beliau menyarankan perkara ini supaya rakyat sedar bulan ini adalah bulan yang diturunkan rahmat sebanyak2nya, dipenuhi dengan keberkatan yang melimpah ruah dan diberi ganjaran yang berlipat ganda bagi sesiapa yang beramal ibadah di dalam bulan ini. Beliau mahu hal ini di "set"kan dalam minda masing2. Beliau tidak mahu rakyat hanya berfikir bulan ini adalah bulan untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata. Jika perkara ini sahaja yang diletakkan dalam minda, tidak hairanlah sebilangan besar daripada umat Islam menjadi begitu pasif sepanjang bulan ini.

BERSYUKUR DENGAN NIKMAT DIBERI

habis cerita tentang kuliah tuan guru. ini satu lagi cerita yang menarik untuk dikongsi. Pada malam terakhir di Kelantan, saya dikejutkan dengan berita dari kampung. My tok wan telah meninggal dunia. Saya mengambil keputusan untuk segera pulang ke kampung di Kedah pada malam itu juga. Dengan bantuan sahabat saya yang baik budi pekertinya, manis dan luhur orangnya iaitu Sufian Ishak, beliau bergegas membantu saya untuk mecari tiket bas ke Kedah pada malam itu. Mujurlah masih ada tiket untuk ke Kedah. Pada malam sambutan kemerdekaan itu, saya pulang ke Kedah untuk melihat buat kali terakhir tok wan yang sudah pergi meghadap Ilahi. Al Fatihah buat beliau.

bas yang saya naiki itu berhenti rehat di Grik,Perak. Saya mengambil kesempatan ini untuk membeli milo panas untuk menyegarkan badan. Habis minum saya naik semula ke dalam bas untuk sambug tidur. Sebaik sahaja masuk ke dalam perut bas, saya terkejut kerana di dalam bas itu ada seorang lelaki buta. Dia duduk di hadapan sekali manakala tempat duduk saya di bahagian belakang. Saya duduk di satu kerusi kosong yang berhampiran dengan beliau. Saya melihat gelagatnya. Dia nampak gelisah. Sekejap garu leher, sekejap dongak ke atas, sekejap peluk tubuh. "mungkin dia gelisah sebab tidak tahu di mana dia berada sekarag dan kenapa bas berhenti kot" bisik hati saya. maklumlah, ketika bas ini berhenti, semua penumpang masih tidur termasuk saya.

niat di hati nak menyapa tapi rasa segan pula. Maklumlah, saya nih nak start mesra payah sikit. tapi, disebabkan rasa kesian melihat keadaannya, saya kuatkan diri untuk bertanya. Saya mula dengan soalan yang paling "bodoh" sekali, "pak cik nih nak ke Kedah juga ke?" (sebab bodoh: bas itu memang destinasinya ke Kedah!). "ha'ah, saya nak pergi ke sana juga, Sungai Petani" respon beliau. "Pak cik, sekarang ni bas tengah berhenti kejap. Driver gi makan jap. Pak Cik x makan ker?" tanya saya. "x per2.." sahut beliau.

kami mula berbual dengan lebih mesra. Sepanjang perbualan itu, barulah saya tahu kedatangan beliau ke Kedah kerana dijemput untuk menjadi imam di sebuah masjid. Saya terkedu. Orang kurang upaya dijemput jauh dari Kelantan semata-mata untuk menjadi imam tarawikh di Kedah. Subhanallah. Menurut beliau lagi, sebelum menjadi imam sambilan, beliau pernah bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah agama di KL. Namun, disebabkan pihak pentadbir tidak membayar gaji beliau selama tiga bulan, beliau mengambil keputusan untuk pulan ke Kota Bharu dan tinggal bersama kakaknya (beliau masih belum lagi berkahwin.)

inilah kuasa Allah swt. Mungkin kebanyakan orang yang membaca coretan ini menganggap perkara biasa."Alah, cerita aku lebih hebat lah" atau pun mungkin ada yang bagi respond "So, apa yang best daripa cerita engkau nih?"

LIHAT DENGAN MATA HATI

saya menyeru para pembaca untuk membaca kisah ini dengan mata hati. Bukan kisah ini sahaja, setiap kisah, peristiwa yang anda dengar dan anda lihat patutlah dilihat sekali dengan pandangan hati supaya kita mendapat pengajaran daripada peristiwa tersebut. Kisah tadi mengajar saya erti bersyukur dengan nikmat diberi yakni nikmat melihat. Walaupun pak cik tadi tidak dapat melihat, tapi beliau mampu bergerak ke sana kemari secara bersendiri. Beliau juga mampu menjadi imam kepada jemaah tarawikh yang mana kebanyakan makmum adalah lebih sempurna pancaindera mereka berbanding pak ci tadi. Terdetik rasa insaf bila mengenang banyak perkara maksiat yang telah saya lakukan dengan menggunakan mata yang Allah swt bagi ini.

A NICE JOURNEY

Banyak lagi peristiwa yang menarik untuk dikongsi sepanjang perjalanan saya pergi dan balik dari KB ke Kedah dan dari Kedah ke Terengganu. Memandankan jam menunjukkan pukul 12 lebih. Saya fikir sekadar ini yang saya mampu kongsi dengan para pembaca. Sebenarnya perjalanan saya ke Terngganu dari Kedah (setelah melawat jenazah tok wan) adalah perjalanan yang cukup memeritkan lebih-lebih lagi ia berlaku pada hari pertama Ramadhan. Bas yang saya naiki rosak sebanyak dua kali. Saya telah menaiki sebannyak 4 buah bas, dan satu van sewa sebelum sampai ke rumah di Paka. Perjalanan yang bermula pada pukul 9.30 malam di Kedah berakhir pada pukul 12.45 tengah hari di Paka, Terengganu. Saya hanya berdiri di dalam bas sepanjang perjalanan dari KT ke Dungun yang jaraknya hampi 100 km.

Nampak perit tapi sebenarnya menarik. Sebabnya saya memilih untuk merasakan ia satu peristiwa yang menarik dan saya hanya mahu melihat perkara yang positif di sebaliknya.

Okes. Selamat menikmati rahmat Allah dalam bulan penuh mulia ini~~

1 comments:

oh ade blog rupenye bakal mr pres..~ hehehehe..