Alhamdulillah, sekali lagi diberi ilham/kekuatan oleh Allah swt untuk menulis di blog naif ini.

Semalam selepas usrah, diadakan pula usrah kopitiam bersama sahabat muslimin lain. Usrah kopitiam itu cukup bermakna dengan perbincangan, luahan pendapat oleh para ahlinya dalam melihat suasana politik yang berlaku di dalam PAS

Perbincangan itu dihadiri oleh ahli yang punya latar belakang yang berbeza. Ada yang baru nak "kenal" parti, yang sudah aktif dengan kawasan dan yang menguntungkan ialah terdapat juga ahlinya adalah dikalangan ahli pusat. Alhamdulillah, kepelbagaian latar belakang ini menyebabkan perbincangan itu menjadi lebih menarik kerana masing-masing memberi pendapat berdasarkan ilmu dan pengalaman masing-masing. Ada yang beri pendapat secara surface dek kerana kurang pengalaman dalam sepak terajang parti, ada pula yang memberi pendapat yang cukup mendalam dek kerana sudah bertahun-tahun dalam parti; pengalamannya cukup banyak pahit & manisnya.

Inilah tujuan mengapa saya menulis untuk coretan kali ini. Saya mahu mengajak para ahli PAS/penyokongnya merenung capability diri dalam memberikan pendapat. Pada saya, suasana sekarang menjadi lebih mengharukan kerana ahli-ahli ghairah memeberikan pendapat tetapi mereka salah cara untuk mempamerkan pendapat mereka. Straight to the point, saya berasa kurang selesa dengan pendapat tentang parti (lebih-lebih lagi isu yang melibatkan kepimpinan, dasar parti) dipamerkan dalam diletakkan dalam blog masing-masing.

Mengapa? Sebabnya kita kurang pengalaman dalam parti. Orang yang kurang pengalaman dalam parti pastinya memberikan pendapat yang dipengaruhi oleh bacaan mereka, pengalaman cetek mereka, dan teori semata-mata. Mana mungkin sama orang yang 24 hours bergelumang secara zahir & batin dengan parti berbanding orang yang hanya membaca suratkhabar, blog sambil minum air milo dalam mengeluarkan pendapatnya.

Jadi apa tindakan kita? Jawapan saya ialah; fokus dengan tanggungjawab kita yang sebenar. Ahli cawangan mesti fokus untuk mengimarahkan cawangan,ahli kawasan jaga betul2 tarbiyah/suasana di peringkat kawasan. Fenomena suka bagi pendapat semata-mata tapi malas bekerja bukan sahaja tidak menguntungkan parti tapi lebih melemahkan gerak kerja sebagai pendakwah sebenar. Moga ini menjadi renungan kepada semua.

0 comments: