Wednesday, September 10, 2008

Kenangan pahit (kadangkala manis)

Salam gembira kepada para pembaca. Alhadulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk menulis satu lagi coretan hati di dalam blog ini. Sebelum itu, terima kasih banyak2 kepada rakan-rakan yang memberikan sokongan & motivasi kepada saya setelah membaca artikel "Tolong Saya!" yang di post semalam.

Secara jujurnya, rasa tertekan masih ada tapi tidaklah seteruk petang semalam. Saya pujuk hati untuk menerima apa yang Allah swt dah beri kepada saya selama ini. Teringat satu kata-kata azimat dalam sebuah buku yang dibaca beberapa bulan yang lepas. Ia menyebut "BUKAN SENANG NAK JADI SENANG, BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH". Bila dikaitkan perasaan yang saya rasai dengan kata-kata ini, saya berasa sedikit tenang malah lebih berasa bersyukur dengan apa yang telah Alah swt telah kurniakan sekarang. Bukan senang untuk saya berada di tahap sebegini, dan bukan juga payah untuk saya lenyapkan apa yang saya miliki selama ini. Ya Allah, kuatkan hati hambamu yang lemah ini.

Selesai muqaddimah untuk coretan kali ini.

Perkongsian kali ini adalah lebih bersifat santai. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca satu peristiwa yang cukup pahit namun kadang kala bila diingati semula boleh menimbulkan rasa geli hati.Huhu..

Peristiwa ini berlaku ketika saya berada di tingkatan 4 (jika tidak silap). Hari penuh bersejarah itu berlaku pada hari terakhir bulan Syawal dimana saya akan menghabiskan puasa sunat 6 hari bulan Syawal. Maknanya hari itu hari terakhir saya berpuasa sunat Syawal. Hari itu juga merupakan hari lahir adik bongsu saya, Akram. Umurnya pada waktu itu genap 3 tahun kot. (Maaflah tak beberapa nak ingat)

Pada petang itu, saya berhasrat untuk membeli masakan sayur campur untuk hidangan berbuka puasa. Saya membawa dua orang adik bersama untuk ke restoran berdekatan dengan rumah untuk membeli juadah tersebut. Kami menaiki motor kapcai ayah. Yang bongsu berada di dalam bakul motor manakala sorang lagi duduk di belakang saya. Sebelum pergi, ummi sempat berpesan untuk tidak membawa motor terlalu laju memandangkan saya ini masih belum mempunyai lesen sah untuk menunggang motor. "Insyaallah.." janji saya pada ummi.

Kami tiba di restoran tersebut. Saya mencari port yang sesuai untuk parking motor. "ha, tepi longkang itu pun menarik juga" bisik saya. Ada satu kawasan bersebelahan dengan longkang di tepi restoran restoran tersebut. Ada beberapa motor dan kereta yang di parking di situ juga.

Di sinilah peristiwa pahit itu berlaku. Seperti biasa sebelum enjin motor di matikan, saya akan meng"free"kan gear motor tersebut. Kemudian mengikut rutin biasa, enjin motor akan dimatikan terlebih dahlu sebelum saya turun daripada motor. Namun begitu, entah mengapa saya betul-betul terlupa untuk matikan enjin motor tersebut sebelum turun daripada motor. Pada hari itu, tanpa mematikan enjin motor, saya turun daripda motor. Adik saya yang membonceng pun turun juga. Tinggal adik bongsu yang masih berada di dalam bakul motor.

Entah mengapa, terlintas di hati saya untuk menguji sama ada motor dah free gear ke belum. Saya pun pulas sedikit handle motor. Motor tiba-tiba bergerak. Saya jadi kelam kabut. Saya yang pada waktu itu tidak berada di atas motor terikut sekali bergerak ke hadapan. Bayangkan, hanya tangan kanan saya memegang handle motor manakala tangan kiri pula memegang bucu seat di sebelah kanan bahagian belakang. Badan totally berada tidak berada di atas motor Tengah kelam kabut tuh, saya cuba hentikan motor menggunakan brek kaki saya. Saya tersilap langkah. Motor bukan sahaja tidak berhenti malah disebabkan cuba nak hentikan motor, saya terpulas handle motor dengan lebih kuat menyebabkan motor menerjah ke hadapan. Saya betul - betul panik. Lebih panik lagi, di hadapan saya terdapat sebuah kereta wira. tanpa membuang masa saya tarik motor itu ke tepi. Malang sekali, motor itu terjatuh ke atas jalan tetapi adik saya yang berada di dalam bakul tergelincir lalu masuk ke dalam longkang! Sebelum terjatuh dalam air pekat longang tersebut, kepalanya terhentak pada bucu parit tersebut. Saya juga terjatuh ke dalam longkang tersebut. Sebaik sahaja adik terperosok ke dalam longkang, saya cepat-cepat pangku dia dan angkat dia ke atas semula. Adik saya mula menagis. Darah keluar daripada telinganya.

Orang ramai mula bergegas datang untuk menolong kami. Adik bongsu saya disambut oleh seorang pak cik yang datnag menghampiri kami. Dia cuba menenagkan adik saya. Saya yang masih di dalam parit terpaksa gagahkan diri naik ke atas. Terdapat banyak kesan calar di badan dan siku saya. Tapi segala rasa sakit di badan "tak dirasai" ketika itu. Fikiran saya tertumpu pada adik bongsu yang sedang kuat menangis. Saya pergi kepadanya dan rangkul dirinya. Saya pujuk dia untuk bertenang (walaupun hati saya masih lagi risau memandang terdapat darah keluar dari telinga, saya sangka ada pendarahan di dalam otak! )

Seorang adik lagi hanya melihat sambil berteriak berulang kali "ancik jatuh longakang!". Saya minta dia call ummi. Nasib baik ada seorang pakcik meminjamkan kami handsetnya.

Di rumah, sebaik ummi menerima berita tersebut. Beliau betul-betul gementar. Abah masih lagi di KL kerana urusan kerja. Nasib baik di rumah masih ada lagi seorang adik. Dia membantu ummi untuk bawa kereta pergi kepada kami. Sebaik sahaja tiba, saya serahkan adik bonsu kepadanya. Ummi minta saya panggil seorang jiran kami untuk bawa kami ke hospital. Kata ummi, beliau tak mampu nak bawa kereta sendiri ke hospital. Saya pula masih belum mahir nak bawa kereta. Alhamdulillah, jiran tersebut sudi menolong kami.

Alhamdulillah, Allah swt lindungi adik saya. Darah yang keluar dari telinga itu bukan berpunca dari pendarahan dalam otak tapi hanyalah luka biasa. Namun begitu, doktor mengingatkan umi untuk segera bawa dik ke hospital jika adik mengalami muntah dalam tempoh 24 jam. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Malam itu juga saya disindir oleh doktor kerana memabawa motor walaupun tidak ada lesen. Saya tak hiraukan sindiran itu. Yang penting, adik selamat. Itu harapan saya waktu itu.

Kejadian ini sudah lama berlalu. Alhamdulillah, adik bongsu saya (famili panggil "ancik") sihat walafiat. Telatah ancik mencuit hati kami sekeluarga. Lebih menggelikan hati, ancik masih lagi ingat kejadian itu malah boleh buat aksinya tesungkur ke dalam longkang tersebut. Memang kelakar melihat telatahnya.

Sekian sahaja celoteh ini. Pengajaran? Saya serah pada pembaca. =)

0 comments: